2009年9月14日星期一

Start working, k?

Hey guys ,

If you haven't become one of the author. Pls check ur email inbox now. i alr invited Kwan ,Loh and Ho. Any idea about the research , pls upload to this blog. We will use this blog as a medium to share our informations specially for this PA research. It is a must for you to upload informations. Cooperation is very important. Do you know why the others group can finish their borang soal selidik but our group cannot THis is because our group members hav no cooperation at all .... .so i hope tat we can finish the borang soal selidik as soon as possible by this week. teacher said we must hand-in the borang soal selidik by tis week . Below are some useful information to guide you generate some ideas. The name of our group is called " Ecuodor".

2009年9月13日星期日

SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006

click
some of the info below is deleted automatically
after you open the webpage, click on the second link which stated there" Masalah disiplin( full version)".... download the doc.



TEMA
PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



TAJUK KAJIAN
MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI




OLEH


LIONG LIAN TAI

SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU ANDIN
SARIKEI



09 – 11 OKTOBER 2006
MASALAH DISIPLIN MURID DI SALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH LUAR BANDAR DI DAERAH SARIKEI


oleh


Liong Lian Tai
SK Penghulu Andin, Sarikei


Abstrak


Penyelidikan ini mengkaji tentang masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah luar bandar, di daerah Sarikei. Kajian ini merupakan satu kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif. Subjek kajian terdiri daripada 25 orang murid yang ada rekod salahlaku dari sekolah yang dikaji. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur dengan guru dan murid-murid. Hasil temuduga disokong oleh rekod/penyata rasmi salahlaku/masalah disiplin bagi tahun 2005 di sekolah yang dikaji. Rekod/penyata rasmi di sekolah adalah mengikuti kriteria-kriteria yang ditentukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1988). Data yang diperolehi dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan kualitatif. Hasil kajian menunjukkan berbagai jenis salahlaku berlaku di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, 25 daripada enrolmen 107 orang murid (52 orang murid Tahap 1 dan 55 orang murid Tahap 2), bersamaan 23.36% pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2005. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku adalah dari murid-murid Tahap 2, iaiitu 45.5% daripada murid-murid Tahap 2. Tindakan susulan diambil berdasarkan dapatan penyelidikan. Moga-moga hasil kajian ini sedikit sebanyak dapat membantu para pendidik, pentadbir mahupun pengurus sekolah untuk merancang strategi / pendekatan dan mengambil tindakan susulan yang sesuai untuk menangani masalah ini. Seterusnya, diharap hasrat zero-defect masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan menjadi satu realiti.













Pendahuluan


Di sekolah, disiplin menjadi satu daya kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin dan lancar. Oleh itu aspek disiplin murid di sekolah haruslah diberi perhatian berat pihak sekolah dan keluarga seperti saranan Kementerian Pelajaran Malaysia, 1981.

“ Disiplin adalah satu aspek kehidupan yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu ia hendaklah mendapat perhatian berat dari semua pihak sama ada di sekolah atau di luar sekolah”. KPM 1981

Kini, masalah disiplin merupakan satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid, dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat, seperti menyalahgunakan dadah, merompak, memeras ugut, merosakkan harta benda sekolah (vandalism), mengancam guru-guru dan murid-murid dan pelbagai lagi.

Ada banyak faktor yang menyebabkan mereka melakukan perbuatan-perbuatan tersebut dan faktor-faktor ini lazimnya dikelompokkan kepada faktor sekolah dan faktor luar sekolah seperti persekitaran, keluarga, pengaruh rakan sebaya dan pelbagai lagi. Faktor luar sekolah ini adalah amat kompleks dan sukar diatasi serta di luar kawalan kita. Oleh yang demikian, tugas kita seharusnya tertumpu kepada faktor sekolah yang boleh kita kawal dan ubah seperti mewujudkan iklim yang baik dalam sekolah dan bilik darjah. Berikut ialah petikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia(1988) mengenai perkara ini.

“ Hari ini sekolah-sekolah menampung murid-murid yang lebih tidak seragam, iaitu dari segi sosial, ekonomi dan nilai budayanya kerana peluang-peluang bagi mendapatkan pelajaran adalah terbuka kepada semua murid. Selain daripada itu, faktor sekolah juga dikatakan sebagai salah satu sebab yang mempengaruhi disiplin murid. Di antaranya ialah struktur dan organisasi sekolah; sistem hukuman dan penghargaan kepada murid; suasana nilai dan interaksi dalam sekolah; budaya sekolah yang lebih berorientasi akademik; dan sikap; tanggapan serta harapan para Guru”. (KPM 1988 pp25-26)

Penyelidik telah mengumpul maklumat jenis salahlaku di sekolah, kekekerapan, punca mengikut pandangan murid dan cadangan cara-cara mengatasi masalah disiplin khasnya di sekolah yang dikaji. Hasil kajian mendapati masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius. Oleh yang demikian usaha sekolah untuk menangani masalah disiplin di sekolah tersebut hendaklah dianggap sebagai satu langkah ke arah pengukuhan disiplin sekolah. Moga-moga usaha ini menjurus ke arah perubahan sikap dan perlakuan murid kepada yang lebih positif dalam usaha membendung serta mengurangkan masalah tersebut ke suatu tahap yang paling minimum.

Soalan-Soalan Kajian


1. Apakah jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di Daerah Sarikei?

2. Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji mengikut pandangan pelajar?

3. Apakah strategi/cadangan untuk mengurangkan/mengatasi masalah disiplin murid?


Objektif kajian


1. Mengenalpasti jenis masalah disiplin murid di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di Daerah Sarikei.

2. Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin murid mengikut pandangan murid.

3. Mengenalpasti strategi /cadangan untuk mengurangkan/mengatasi masalah disiplin murid


Skop & Batasan kajian


Kajian ini hanya mengambil kira rekod rasmi/penyata salahlaku pada tahun 2005 bagi pelajar-pelajar dari salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih sahaja di daerah Sarikei. Dapatan dari kajian ini merupakan sampel sebenar responden-responden yang terhad sahaja. Oleh itu, ianya tidak sesuai untuk membuat generalisasi kepada sekolah-sekolah lain.














Tinjauan Literatur


Sebagai manusia, murid-murid mempunyai banyak masalah. Masalah-masalah ini timbul disebabkan oleh banyak faktor. Di antaranya ialah disebabkan oleh keperluan asasi dan psikologi serta harapan-harapan tertentu yang dipunyai oleh seseorang murid itu tidak dapat dipenuhi seperti yang dinyatakan oleh Train (1995)

“There are three main reasons why a child reacts aggressively:
1 When he feels that his objectives are being thwarted.
2 When anyone criticizes him or his friends.
3. When he feels that a situation is unjust, or that someone has been negligent or careless.”
Train, 1995 (pp 24)

“If he has a feeling of being trapped, with no choice, he will react with increasing difficult behaviour. ”
Train, 1995(pp 60)

“If a child is becoming frustrated because he cannot understand something, he will be restless & will start to misbehave. ”
Train, 1995(pp116)

Masalah disiplin yang timbul mempunyai perkaitan yang rapat dengan cara didikan dan asuhan di rumah. Sikap ibu bapa berupa penekanan dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi sahsiah dan aspirasinya(Stodgil, 1970: 27) Selain itu, setiap ibu bapa adalah lebih penting daripada taraf sosioekonomi. (W. C Miller 1971: 102)

Di samping itu, sikap ibu bapa yang membantah keras langkah kementerian mengetatkan disiplin murid, sedikit sebanyak mendorong ke arah kemerosotan disiplin murid. (Utusan Malaysia, 1987)

Murid-murid yang datang daripada keluarga yang bermasalah, di mana mereka tidak mendapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa yang cukup, menambah kepada masalah tatatertib di sekolah-sekolah. (A. Rajaguru, Mohd Daud Saad & Ibrahim Saad, 1982: 260)

Kecelaruan dalam keluarga & kurang perhatian ibu bapa adalah punca kuat yang mempengaruhi jiwa remaja. Kajian Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati kerenggangan hubungan kekeluargaan menjadi punca utama remaja terjebak ke kancah maksiat. (Berita Harian. 10.11.93, 23)

Kajian yang dibuat oleh Universiti Chicago (Czikszentmihalyi, 1987) mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dan ibu bapa yang bekerja hanya 12 jam seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik dan membimbing anak mereka.
Tugas mereka sekadar menyediakan keperluan kewangan dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibubapa juga tidak sepatutnya menyerahkan tanggungjawab mendidik anak mereka kepada guru sepenuhnya. Mereka sepatutnya mengunjungi sekolah sekali-sekala supaya lebih memahami situasi anak mereka di sekolah.

Rakan sebaya di alam persekolahn adalah kumpulan rujukan murid yang memberikan ‘sokongan moral’ dalam mencari identiti pembentukan imej. ( Pomberi, 1990, Mahmood, 1991). Rakan Sebaya memberi peluang kepada mereka untuk mengikut piawai kumpulan itu dalam aspek-aspek gaya pakaian, pertuturan, orientasi kepada muzik, tarian, tayangan filem dan lain-lain. Masalahnya timbul apabila pendedahan seperti ini biasanya melibatkan nilai-nilai buruk yang membawa kepada keruntuhan disiplin dan moral mereka.


Instrumen Kajian


Tiga jenis instrumen telah digunakan untuk melaksanakan kajian, iaitu temubual separa struktur dengan guru, murid dan rekod rasmi/penyata salahlaku yang ada di sekolah.

1. Temubual separa struktur dengan Guru Besar, Guru Disiplin, Warden dan Penyelia Asrama mengenai masalah disiplin secara keseluruhan di sekolah tersebut, tindakan pihak sekolah dan cara-cara menangani masalah tersebut. (Lampiran 1)

2. Temubual separa struktur dengan pelajar yang ada rekod masalah disiplin di sekolah yang dikaji. (Lampiran 2)

3. Analisis berdasarkan rekod rasmi/penayta salahlaku/masalah disiplin /SSDM

Ø Jenis salahlaku pelajar dan kekerapan

Ø Perbandingan kekerapan salahlaku di antara murid lelaki dan perempuan

Ø Jadual punca salahlaku

Ø Jadual jenis tindakan disiplin/hukuman










Prosedur Melaksanakan Kajian


Kajian kes berbentuk tinjauan deskriptif ini adalah berdasarkan data masalah disiplin di salah sebuah sekolah rendah luar bandar yang terpilih di daerah Sarikei. Perjalanan ke sekolah ialah melalui jalanraya bertar dan separuh jalan kampung. Sekolah ini berasarama dan dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur yang asas. Murid sekolah ini terdiri daripada dua kumpulan, 60 orang murid yang tinggal di asrama dan 57 orang murid harian. Semua murid sekolah ini berasal dari sekitar kawasan setempat dalam lingkungan 10 km dari sekolah yang dikaji. Penyelidik telah mengadakan temubual separa struktur kepada guru besar, warden dan guru disiplin sekolah tersebut. Penyelidik juga telah menemubual 15 dari 25 orang murid yang ada rekod masalah disiplin di sekolah. Hasil temubual dianalisis secara kualitatif. Maklumat yang diperolehi daripada temubual dan disokong dengan rekod rasmi masalah disiplin telah dianalisis secara kualitatif juga.


Analisis Data


Analisis data mengenai soalan kajian adalah berdasarkan maklumat temubual separa struktur dengan murid dan pihak pengurus sekolah yang dikaji untuk mendapatkan maklumat/pandangan sumber lisan disokong dengan rekod/penyata rasmi salahlaku/masalah yang sedia ada di sekolah yang dikaji.

Antara maklumat yang diperolehi ialah yang berkaitan dengan jenis masalah disiplin, kekerapan, perbezaan kekerapan di antara murid lelaki dan perempuan, punca berlakunya masalah disiplin mengikut pandangan murid dan tindakan pihak sekolah untuk menangani masalah ini.


Rekod Jenis Salahlaku, Gender dan Bilangan Murid Yang Terlibat dan Jumlah Kekerapan Kes Salahlaku


Jadual 1 ialah salinan rekod rasmi kes salahlaku yang terdapat di sekolah yang dikaji. Ia menunjukkan jenis salahlaku, gender dan bilangan murid yang terlibat dan jumlah kekerapan berlaku kes salahlaku. Jenis salahlaku yang dicatatkan merangkumi kesalahan seperti mencuri, berkuku panjang, berkelakuan kasar terhadap murid, ponteng sekolah, ponteng untuk ‘private study’dan dua kes lain-lain salahlaku, iaitu keluar dari kawasan sekolah pada waktu petang tanpa izin.






Jadual 1: Jenis Salahlaku dan Kekerapan dalam Tahun 2005


Kod

Jenis Salahlaku
Kekerapan / Bilangan murid
yang terlibat
Jumlah murid yang terlibat
Jumlah kekerapan berlaku kes salahlaku

L
P
*B
*K
*B
*K


112
Tingkahlaku Jenayah

Mencuri


0


0


2


2


2


2
121
Mengancam/memukul/mencederakan murid lain
2
2
2
2
4
4


332
Kekemasan Diri

Berkuku panjang


3


5


2


2


5


7
553
Berkelakuan kasar terhadap murid
1
1
0
0
1

1



882
Ponteng

Ponteng Sekolah


3


3


4


4


7


7
887
Ponteng untuk “private study”
4
4
0
0
4

4


L01
Tiada rekod kes

Tiada rekod kes


1


1


1


2


2


3

Jumlah
14
16
11
12
25
28
Sumber: Buku Rekod Salahlaku/Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK ______ 2005
Petunjuk : *B – Bilangan murid yang terlibat dengan kes salahlaku
* K – Kekerapan berlaku kes salahlaku

Jadual 1 menunjukkan 14 orang murid lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 11 orang murid perempuan telah terlibat denagan 12 kes salahlaku. Pada keseluruhannya, seramai 25 orang murid telah terlibat dengan 28 kes salahlaku di sekolah yang dikaji sepanjang tahun 2005.


Perbandingan Kekerapan Salahlaku antara Murid mengikut Gender


Jadual 2 menunjukkan perbandingan kekerapan antara murid mengikut gender dan kelas. Daripada 55 orang murid tahap 2 di sekolah pada masa yang dikaji, 25 orang murid, bersamaan 45.5% daripada murid-murid Tahap 2 pernah melakukan perbuatan salahlaku. Pada keseluruhanya, 25 daripada enrolmen 107 orang murid, bersamaan 23.36% murid-murid pernah melakukan perbuatan salahlaku sepanjang tahun 2005.





Jadual 2: Perbandingan kekerapan salahlaku mengikut gender, Tahun 2005

Pembolehubah
Enrolmen Murid
Bilangan kes Salahlaku
Kekerapan Salahlaku
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 1
Tahap 2
Tahap 1
Tahap 2
Gender

Lelaki

Perempuan


27

25


29

26


0

0


14

11


0

0


16

12
Jumlah
52

55
0
25
0
28
Sumber: Buku Rekod Salahlaku/ Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK __________ 2005

Pada keseluruhannya, murid-murid Tahap 2 sahaja yang terlibat dengan kes salahlaku. Seramai 14 orang lelaki telah terlibat dengan 16 kes salahlaku manakala 11 orang murid perempuan telah terlibat dengan 12 kes salahlaku.


Punca Salahlaku Murid-Murid Tahap 2, Tahun 2005


Jadual 3 menghuraikan 4 kategori punca salahlaku yang telah dikenalpasti mengikut pandangan murid-murid. Faktor diri murid, keluarga, sekolah dan persekitaran merupakan faktor yang menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. 12 kes telah dikenalpasti adalah berpunca dari diri murid, 9 kes dari faktor persekitaran, 2 kes dari faktor keluarga dan 2 kes dari faktor sekolah.

Jadual 3: Punca Salahlaku Murid-murid Tahap 2, Tahun 2005


Bil.
Punca Salahlaku
Bilangan Kes Salahlaku
Jumlah
L
P
1
Diri Pelajar

7
5
12
2
Keluarga

1
1
2

3
Persekitaran

5
4
9
4
Sekolah

1
1
2
Jumlah
14
11
25

Sumber: Buku Rekod Salahlaku/ Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK __________ 2005

Pada keseluruhannya, faktor diri murid mencatatkan punca salahlaku yang paling kerap menyebabkan salahlaku di sekolah yang dikaji. Ini diikuti dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah.


Jenis Tindakan Disiplin / Hukuman yang Telah Diambil, Tahun2005


Jadual 4 menunjukkan jenis tindakan disiplin / hukuman yang telah diambil untuk menangani salahlaku murid di sekolah yang dikaji. Ahli jawatankuasa sekolah ini telah mengambil keputusan memberi nasihat/bimbingan kepada murid yang telah melakukan salahlaku dengan harapan murid berkenaan akan sedar dan hormat kepada rakan, guru dan sekolah. Semoga matlamat sekolah berteraskan konsep “Sekolahku Syurgaku” dan “Sekolah Penyayang” menjadi kenyataan.

Jadual 4: Jenis tindakan disiplin/hukuman yang telah diambil, Tahun 2005

Bil.
Jenis Tindakan Disiplin
Bilangan Kes
Catatan
L
P
1
Pembuangan



2
Penggantungan

2
Dari asrama
3
Hukuman-Hukuman Biasa



3.1
Hukuman dera/rotan



3.2
Penahanan



3.3
Denda



3.4
Amaran



3.5
Nasihat
14
9


Jumlah
14
11

Sumber: Buku Rekod Salahlaku/ Masalah disiplin
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1988, SK __________ 2005

Pada keseluruhannya, tindakan memberi nasihat lebih kerap diambil oleh AJK Disiplin sekolah untuk menangani masalah salahlaku di sekolah yang dikaji. Kesemua 25 orang murid yang terlibat dengan kes salahlaku telah diberi bimbingan dan nasihat. Walaubagaimanapun, 2 daripada 25 orang murid tersebut telah digantung dari asrama selama seminggu setelah AJK Disiplin menimbangkan seriusnya salahlaku tersebut.


Analisis Kualitatif


Data diperolehi daripada temubual separa struktur dengan guru dan murid juga boleh menyokong maklumat /rekod /penyata rasmi salahlaku murid yang ada di sekolah.

Data daripada temuduga separa struktur dapat memberikan beberapa perkara yang boleh diambil kira dalam analisis. Perkara-perkara ini diklasifikasikan seperti berikut.


Bentuk/Jenis masalah disiplin murid


Masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji merangkumi kesalahan seperti mencuri, mengancam murid lain, berkuku panjang, berkelakuan kasar terhadap murid lain, ponteng sekolah, ponteng ‘private study’ dan lain-lain (keluar dari kawasan sekolah tanpa izin). Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama kecuali murid lelaki tidak terlibat dengan kes mencuri. Ini ditunjukkan dalam transkrip temubual separa struktur seperti contoh-contoh di bawah

“Masalah disiplin pelajar sekolah ini adalah merangkumi kesalahan seperti mencuri, mengancam murid alin, berkuku panjang, berkelakuan kasar terhadap murid, ponteng sekolah, ponteng ‘private study’ dan keluar dari kawasan sekolah tanpa sebab.” (Guru A)

.“Bentuk/jenis salahlaku murid lelaki dan perempuan adalah sama. Lelaki tidak terlibat dengan kes mencuri.” (Guru D)

“Salahlaku murid perempuan keluar dari kawasan sekolah adalah lebih rumit berbanding dengan kesalahan murid lelaki keluar dari kawasan sekolah.” (Guru C)


Bilangan murid terlibat dan kekerapan salahlaku


Sepanjang tahun 2005, seramai 25 orang murid lelaki & perempuan telah dicatatkan pernah terlibat dengan kes salahlaku di sekolah seperti yang dinyatakan oleh Guru C. Jumlah murid lelaki & perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang sama seperti yang dinyatakan oleh Guru B. Ini dapat diperkukuhkan dalam contoh-contoh transkrip temubual separa struktur dengan guru-guru seperti berikut

“Jumlah murid lelaki dan perempuan yang terlibat dalam salahlaku adalah lebih kurang sama.” (Guru B)

“Pada tahun 2005, 25 orang murid telah terlibat dengan 28 kes salahlaku di sekolah yang dikaji. Pada keseluruhannya, tiada masalah disiplin murid yang serius pernah berlaku.” (Guru C)


Punca Salahlaku


Kajian yang dijalankan di sekolah yang dikaji telah berjaya mengenalpasti empat kategori punca salahlaku. Punca salahlaku boleh dirumuskan seperti berikut.

a) Faktor diri murid

12 daripada 25 orang murid, bersamaan 48% telah dikenalpasti melakukan salahlaku kerana kehendak diri sendiri. Pada keseluruhannya, murid-murid yang ditemubual telah didorong melakukan perbuatan salahlaku atas alasan seperti masalah kewangan. Gambaran yang lebih jelas bagi dapatan ini ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan Murid R dan Murid U.

“Saya ingin membeli ( jenis makanan ) seperti ( rakan sebaya). Saya tidak ada duit. Saya ambillah duit daripada beg ( nama mangsa). ( Muird R)

“ Saya tidak yakin saya boleh lulus. Lebih baik saya ponteng sekolah.” (Murid U)

b) Faktor keluarga

2 daripada 25 orang murid, bersamaan 8% telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid T.
“Saya ponteng sekolah kerana emak suruh saya menjaga adik. Abah dan emak menorah getah.” (Murid T)

c) Faktor persekitaran

9 daripada 25 orang murid, bersamaan 36% telah melakukan salahlaku kerana faktor keluarga. Ini dapat diperkukuhkan dengan temubual seperti yang dinyatakan oleh Murid S.

“Saya disuruh mengacau ( rakan sebaya ) oleh ( rakan sebaya ). Kalau saya tidak menurut, dia marah. Saya takut.” (Murid S)

d) Faktor sekolah

2 daripada 25 orang murid, bersamaan 8% telah melakukan salahlaku kerana faktor sekolah. Ini dapat ditunujukkan dalam transkrip temubual dengan murid V seperti berikut.

“Saya rasa bosan, tiada hiburan di sekolah. Guru memberi terlalu banyak kerja rumah setiap hari.” (Murid V)

Pada keseluruhannya, faktor diri murid paling kerap menyebabkan murid melakukan perbuatan salahlaku, diikuti dengan faktor persekitaran, faktor keluarga dan faktor sekolah.


Cara mengatasi masalah disiplin


Pihak sekolah haruslah mempunyai sikap positif terhadap disiplin murid. Pihak sekolah boleh menubuhkan Jawatankuasa Disiplin di kalangan guru-guru yang bertanggungjawab mengesan menangani dan menyelesaikan masalah/salahlaku murid. Denda yang dikenakan haruslah setimpa dengan kesalahan murid.
Semua staf hendaklah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan-tindakan disiplin ke atas murid, memberi peringatan dan khidmat bimbingan. Langkah-langkah yang telah diambil oleh sekolah yang dikaji boleh ditunjukkan dalam transkrip temubual dengan Guru A, Guru B dan Guru E seperti berikut.

“Denda dan tindakan yang dikenakan haruslah setimpa dengan jenis dan beratnya sesuatu salahlaku murid.” (Guru E)

“ Kami mendapati pendekatan bimbingan & kaunseling atau nasihat adalah lebih sesuai dan berkesan bagi murid-murid sekolah ini. (Guru A)

“Semua guru dan staf sokonan hendaklah sentiasa bekerjasama untuk memastikan disiplin murid di sekolah sentiasa terkawal.” (Guru B)

Dalam usaha melaksanakan tugas hariannya, guru seharusnya mencari pendekatan yang sesuai supaya mencapai matlamat akhir iaitu membentuk disiplin yang baik dalam murid-murid itu sendiri. Disiplin diri sepatutnya datang dari kerelaan dan kesukaan hatinya sendiri dan bukan disebabkan oleh paksaan atau perasaan takut. Untuk mencapai matlamat akhir ini, guru sendiri seharusnya mempunyai disiplin yang baik dan menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada murid-murid dengan sentiasa bertatatertib, berbudi bahasa, bersopan santun, bertimbang rasa dan bersimpati serta bijak dalam menghadapi masalah.


Keberkesanan Tindakan


Pada tahun-tahun lepas, pihak pengurusan sekolah mengambil keputusan menangani masalah disiplin murid dengan pendakatan ‘tegas’, amaran dan merotan walaupun pada tapak tangan sahaja. Dari itu, murid-murid bertambah ganas, malah ada ibubapa yang masuk campur dalam soal salahlaku murid di sekolah. Setelah lebih kurang 6 bulan dalam pemerhatian dan pelaksanaan, pendekatan memberi nasihat atau bimbingan kaunseling boleh dianggap lebih sesuai dengan masyarakat, budaya dan iklim sekolah ini. Ini dapat dibuktikan dengan bilangan kes salahlaku bagi bulan Januari hingga Jun 2006 yang kurang berbanding dengan Tahun 2005. Ini juga ditunjukan dengan transkrip hasil temuduga seperti berikut:

“Saya suka dengan (Guru). Dia telah memberi nasihat yang baik, bermakna dan bernas kepada saya supaya tidak mencuri lagi. Saya amat menghormatinya.” (Murid W)

“Bapa saya sudah sedar. Dia mahu saya belajar bersungguh-sungguh. Dia tidak lagi suruh saya menolongnya di kebun waktunsekolah. Terima kasih, Cikgu.” (Muird X)

“Terima kasih, Cikgu, kalau Cikgu tidak menasihati ibubapa saya, tentu saya tidak bersekolah lagi.” (Murid Y)

“Maafkan saya Cikgu, saya akan belajar bersungguh-sungguh.” (Muird Z)


Kesimpulan


Kajian ini mengkaji tentang masalah disiplin di salah sebuah sekolah rendah luar Bandar di daerah Sarikei. Untuk mencapai objektif kajian, penyelidik, guru-guru mahupun pihak pengurus sekolah yang terlibat perlulah mengenalpasti/ memliti jenis maslah disiplin murid, punca berlakunya masalah ini dan seterusnya mengenalpasti strategi/tindakan yang sesuai untuk mengurangkan/mengatasi masalah tersebut.

Hasil kajian ini juga menunjukkan masalah disiplin murid di sekolah yang dikaji dalam tempoh masa kajian tidaklah begitu serius, iaitu seramai 25 orang daripada enrolmen 107 orang murid, bersamaan 23.36% pernah terlibat dengan kes salahlaku sepanjang ahun 2005.

Melalui kajian ini, guru-guru di sekolah yang dikaji menjadi lebih arif dan prihatin terhadap kebajikan dan disiplin murid-murid yang diajar. Ini dijangka akan membantu menyelesaikan/mengurangkan masalah disiplin murid dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik murid. Guru haruslah kreatif, inovatif dan bijak membuat keputusan dan seterusnya mengikis faktor sekolah yang menyebabkan masalah disiplin murid.

Oleh kerana itu, semua staf pihak sekolah haruslah bekerjasama dan konsisten dalam tindakan-tindakan disiplin ke atas murid agar hasrat zero-defect masalah disiplin murid khasnya di sekolah yang dikaji akan tercapai.


Cadangan


Daripada dapatan kajian ini, cadangan berikut dikemukakan yang mungkin boleh dijadikan dasar rujukan dan tindakan susulan yang boleh diambil oleh pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin murid di sekolah.

Semua guru hendaklah memainkan peranan penting dalam usaha memastikan disiplin murid di sekolah terkawal bagi mewujudkan persekitaran dan suasana yang menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan ke arah memenuhi matlamat Dasar pendidikan Negara kita. Faktor sekolah yang menyebabkan masalah salahlaku akan dikikis. Sekolah mempunyai iklim yang sesuai untuk menghasilkan murid cemerlang.

AJK disiplin sekolah haruslah aktif dan komited, konsisten, mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa, mengambil tindakan segera dan wajar ke atas mana-mana murid yang telah didapati melakukan salahlaku disiplin.

AJK bimbingan pula haruslah berperanan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah kewangan ini melalui kaunseling serta melapor kepada Guru Besar hasil dapatan-dapatan mereka mengenai murid tersebut bagi membantu Guru Besar dalam mengambil tindakan seterusnya. AJK disiplin mengesyorkan supaya status sosio ekonomi murid-murid perlu dipertimbangkan untuk permohonan bantuan kewangan KWAPM, RMT, biasiswa dan lain-lain bantuan.

Murid-murid digalakkan untuk melapor kepada pihak berkuasa sekolah sekiranya mereka
melakukan sebarang kerosakan ke atas harta benda sekolah (mungkin secara tidak sengaja) dengan jaminan bahawa tindakan/hukuman yang dikenakan boleh diringankan. Ini juga boleh menggalakkan sikap jujur dan rasa bertanggungjawab di kalangan murid.

Ibu bapa melalui PIBG juga adalah bertanggungjawab dan berperanan dalam usaha mengawal disiplin anak-anak sama ada di rumah maupun di sekolah dengan sekurang-kurangnya memberi sokongan penuh dalam sebarang tindakan wajar pihak sekolah dalam membanteras dan membendung masalah-masalah disiplin. Kursus keibubapaan di peringkat sekolah boleh diadakan untuk para ibubapa agar mereka lebih prihatin terhadap perkembangan anak-anak mereka di sekolah. Seterusnya, ini akan mengikiskan faktor keluarga yang menyebabkan masalah disiplin murid di sekolah.



























Rujukan


Abdullah Sani Yahaya (2005) Mengurus Disiplin Pelajar. Pahang Darul Makmur: PTS Publications & Distibutors Sdn. Bhd, Bentong

Alan, T. (1995). The Bullying Problem. How To Deal With Difficult Children. Channel Island: The Guernsey Press Co Ltd, Guernsey

Alan, T. (1993). Helping The Aggressive Child. How to Deal With Difficult Children. Channel
Island: The Guernsey Press Co. Ltd, Guernsey

Ang, T. S. (1993) Pengurusan dan Pemuliharaan Bangunan Sekolah: Bicara Pendidik ’93. Persatuan Pengetua Sekolah Menengah Sarawak

Chiam, H. K. (1995). Understanding Children. Pelanduk Publications

Ee, A. M (1995). Murid Dan Proses pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Panduan Am Disiplin Sekolah-Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia: 1981

Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Di Sekolah. Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia 1994

Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar Dan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia : Dewan Bahasa & Pustaka 1988

Pekeliling-Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pendidikan Malaysia
1968 - 2002
Berkaitan Pengurusan Disiplin Murid Sekolah

Roy, L (1996). A Whole – School Behaviour Policy : A Practical Guild. London. Great Britain: Biddles Ltd, Guildford and King’s Lynn











Lampiran 1
Contoh

A. Instrumen Temubual Dengan Guru Besar/Warden/Guru Disiplin Sekolah

Bil
Soalan
Respon
Catatan
1
Berapa lamakah Cikgu _____ sudah bertugas di sekolah ini?



2
Berapakah jumlah murid sekolah ini?



3
Adakah semua pelajar tinggal di asrama?



4
Adakah murid sekolah ini pernah melakukan kesalahan disiplin?



5
Pelajar dalam darjah berapakah melakukan kesalahan disiplin?



6
Apakah masalah utama disiplin pelajar di sekolah tuan?



7
Berapakah kekerapan berlakunya masalah disiplin murid?



8
Adakah kekerapan salahlaku di antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza?


9
Adakah bentuk salahlaku di antara pelajar lelaki dan perempuan berbeza?



10
Adakah sekolah mempunyai rekod rasmi untuk setiap salahlaku pelajar di sekolah ini?



11
Apakah punca berlakunya masalah disiplin murid?



12
Bagaimanakah pihak sekolah menangani masalah ini?



13
Sejauh manakah keberkesanan langkah-langkah yang diambil untuk menangani masalah ini?



14
Adakah pihak atasan dimaklumkan tentang masalah disiplin di sekolah tuan?



15
Apakah tindakan susulan pihak atasan untuk membantu pihak sekolah dalam perkara ini?






Contoh Lampiran 2

B. Instrumen Temubual Dengan Murid Yang Ada Rekod Masalah Disiplin

Bil.
Soalan
Respon
Catatan
A1
Adakah anda menumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas? Mengapa?



2
Bagaimanakah keputusan ujian bulanan anda bagi bulan lepas?



3
Adakah murid yakin kepada diri sendiri?



4
Siapakah yang mendorong anda melakukan perbuatan salahlaku?



B1
Adakah murid suka kepada ibu bapa?



2
Adakah ibu bapa sayangkan murid?



3
Adakah ibu bapa pentingkan pelajaran murid di sekolah?


4
Adakah murid selalu dibawa oleh ibu bapa untuk menolong mereka bekerja?


C1
Berapa jauhkah rumah anda dari sekolah ini?



2
Adakah anda suka kepada kawan-kawan di sekolah?


3
Adakah anda mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya?


4
Adakah anda mudah menyesuaikan diri dengan kawan-kawan?


D1
Adakah peraturan sekolah sesuai dan praktikal?


2
Adakah kerja-kerja rumah yang disuruh oleh guru cukup dan mudah diselesaikan?


3
Adakah guru mengambil berat terhadap masalah pelajar?


4
Apakah hukuman yang dikenakan kepada pelajar yang melanggar peraturan sekolah yang anda tahu?